17.10.2023 - Industrial Empowerment Day 2023
PSMZA hari ini telah menganjurkan satu program yang dinamakan Industrial Empowerment Day 2023 yang telah disempurnakan oleh YBrs Puan Hajah Zamra Derahman, Pengarah PSMZA bertempat di Dewan Dagang. Program ini merupakan satu program berimpak tinggi dengan pengisian Industrial Talk bersama YBhg. Dato’ Seri (Dr) Michael Tio, majlis penyerahan sijil pengiktirafan The Malaysia Book of Records - First Polytechnic With Sundial dan Majlis Tandatangan Sijil Kolaborasi Strategik (CoC) di antara Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin dengan PKT Logistics Group Sdn Bhd (PKT), Seikou Systec Sdn. Bhd. (Seikou), Pejabat Pendidikan Daerah Dungun dan Bekalan Air KIPC Sdn. Bhd. Program ini dapat membantu PSMZA dalam jalinan industri dan sekaligus mengadakan aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Hadir sama dalam majlis ialah rakan-rakan kolaborasi strategik PSMZA dari pelbagai agensi kerajaan dan syarikat. Turut hadir ialah pengarah-pengarah PolyCC Zon Timur.