14.10.2023 - Program CSR Kempen Sayangi Kamsisku Rumahku
Program CSR Kempen Sayangi Kamsisku Rumahku telah diadakan selama dua hari pada 13-14 October 2023 bertempat di KAMSIS PSMZA. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ts. Mohyidin Salleh, Timbalan Pengarah Akademik PSMZA dengan kehadiran Ts. Dr Mohd Hafizil Mat Yasin, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PSMZA, dan Ts Wan Salmizi Wan Mahmood, Ketua Warden Kamsis, serta Mohammad Aizat Mohd Tajuddin selaku Penasihat Pelajar JPKK. Program ini melibatkan penyertaan Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) dan para warden dengan kerjasama Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan (UPP) dan dibantu oleh penolong jurutera.
Antara kerja-kerja CSR yang telah dijalankan ialah penggantian kipas syiling dan kipas dinding yang rosak, penggantian tombol pintu dan lampu di samping kerja-kerja mengecat di bilik rekreasi. Program ini telah dijalankan di semua blok asrama PSMZA iaitu melibatkan Blok P, D dan T. Program CSR ini telah memberi banyak manafaat kepada pelajar yang mendiami asrama PSMZA di samping satu inisiatif pihak pengurusan PSMZA dalam menjaga kebajikan pelajar PSMZA. Selain itu program ini juga membolehkan pelajar PSMZA mempraktikan ilmu teori yang telah dipelajari khususnya dalam bidang elektrikal mekanikal dan awam serta mampu mengetengahkan bakat pelajar selaras dengan Teras Strategik yang ke-3 Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) iaitu memperkasakan bakat- bakat pelajar PSMZA. Pihak Kamsis PSMZA juga berterima kasih kepada pihak pengurusan PSMZA atas sokongan yang telah diberikan untuk melaksanakan program ini.