12.10.2023 - Kunjungan Hormat PSMZA Kepada Terengganu Oil & Gas Council (TOGC)
Pengurusan Tertinggi PSMZA hari ini telah mengadakan kunjungan hormat kepada Terengganu Oil & Gas Council (TOGC) bertempat di Telok Kalong Kemaman. Delegasi seramai enam orang diketuai oleh Pengarah PSMZA, YBrs Puan Hajah Zamra Derahman telah disambut dan disantuni oleh Presiden TOGC, YM Tengku Amran T. Awang dan Timbalan Presiden TOGC, Tuan Haji Mohd Rosdi Hambali. Turut menyantuni ialah Dato' Norhisham Mohd Arifin, Pengarah TOGC Excellent Technical Academy (TETA) serta beberapa pegawai TOGC. Dalam pertemuan tersebut, banyak perkara yang telah dibincangkan berkaitan dengan kolaborasi strategik yang boleh diadakan di antara kedua-dua institusi. Antara perbincangan ialah mengenai kompetensi kursus untuk nilai tambah pelajar PSMZA dengan persijilan AGTES yang akan ditawarkan kepada pelajar PSMZA. Aktiviti kolaborasi juga akan melibatkan kepakaran pensyarah PSMZA dalam bidang autocad dan banyak lagi. Semoga perjumpaan hari ini akan membuahkan hasil yang berimpak tinggi kepada pelajar-pelajar PSMZA.