11.10.2023 – Bengkel Penjajaran Pelan Tindakan 2024
Bengkel tersebut telah dianjurkan oleh ULPL PSMZA dan disertai oleh Ahli Mesyuarat Pengurusan (AMP) bertempat di The Qamar Hotel, Paka. Ia diadakan bagi melihat pencapaian pelaksanaan aktiviti yang dirancang pada Pelan Tindakan PSMZA 2023 dan memantapkan halatuju institusi pada tahun 2024. Ia telah disempurnakan oleh YBrs Puan Hajah Zamra Derahman, Pengarah PSMZA. Pelan Tindakan PSMZA 2023 dan 2024 ini menggariskan tujuh teras utama iaitu:
Teras 1: Menghasilkan graduan TVET berkualiti.
Teras 2: Memantapkan governan yang responsif & mampan.
Teras 3: Pemerkasaan bakat.
Teras 4: Pemantapan program pengajian.
Teras 5: Memperkukuhkan kolaborasi industri, komuniti & alumni.
Teras 6: Membudaya penyelidikan dan inovasi.
Teras 7: Memperkukuhkan pembelajaran sepanjang hayat (PSH).
Bengkel ini dilihat memberikan impak yang besar kepada PSMZA dalam usaha memantapkan lagi perancangan dan pelaksanaan aktiviti di PSMZA sepanjang tahun 2024 supaya selari dengan Pelan strategik JPPKK dan kamus KPI supaya PSMZA terus cemerlang sebagai penaraju TVET dalam negara yang berdaya saing.