10.10.2023 - Bengkel Lokalisasi Pembangunan Mampan (SDG)
PSMZA telah menyertai Bengkel Lokalisasi Pembangunan Mampan (SDG) di Daerah Marang pada 8 Oktober 2023 yang dianjurkan oleh All-Party Parliamentary Group of Malaysia on Sustainable Development Goals (APPGM-SDG) bersama dengan Geng Plastik Ija (GPI). Bengkel ini melibatkan sembilan orang pelajar semester 5 Diploma Kejuruteraan Awam dan 2 orang staf PSMZA. Bengkel ini ketuai oleh Puan Nor Hayati Ab.Rahim serta Puan Norhuda Yahya yang berlangsung di Marang Village & Spa. Seramai 42 orang peserta yang terlibat, terdiri daripada pihak AADK Kemaman, GPI (Dungun, Marang dan Kemaman), Lang Tengah Turtle Watch, JKKP, Conservation Management, Lokohopunohgroup dan peniaga tempatan. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan Sustainable Development Goals (SDG) kepada pelajar serta agensi-agensi berdekatan. Pelajar juga dapat bekerjasama dengan pihak-pihak luar dan memberi keyakinan diri dalam menyampaikan cadangan serta pendapat berkenaan dengan SDG. Selari dengan motto SDG iaitu “tidak meninggalkan sesiapa”.