5.10.2023 - Mesyuarat Penutup Recertification Audit SIRIM Qas International
Telah dipengerusikan oleh YBrs Puan Hajah Zamra Derahman, Pengarah PSMZA dengan kehadiran semua Ahli Mesyuarat Pengurusan PSMZA. Dalam mesyuarat penutup ini, dapatan audit telah diumumkan oleh Ketua Pasukan Audit SIRIM Qas International, Cik Hajah Hanida Ghazali bahawa sistem Pengurusan Pendidikan PSMZA berada dalam situasi yang sangat baik dan teratur dan berjaya dalam pensijilan semula untuk tiga tahun yang akan datang. Dengan pengumuman itu bermakna PSMZA telah berjaya mengekalkan 'Sifar NCR' dalam tiga tahun berturut-turut. Tahniah kepada semua warga PSMZA dan juga pihak Pengurusan Tertinggi dalam menerajui PSMZA.