16.7.2023 - ‘DUNGUN UNITE US’ TEMA ‘REUNION’ BEKAS PEMAIN BOLASEPAK PSMZA/PDT
Penganjuran kali kedua tahun ini juga menjadi luar dari kebiasaan dengan memilih gelanggang @ venue di bandar Kuantan, Pahang. Hampir 20 pemain hadir semalam dan sebahagian darinya membawa ahli keluarga sambil bercuti.
Perlawanan di Kuantan Sports Arena semalam adalah menentang GSN Kuantan yang berkesudahan 3 - 3. Hadir sama bekas Ketua Jurulatih mereka iaitu En Mohd Fadli Musa & bekas Penolong pengurus pasukan, En Amran yang turut sama beraksi cergas. Menurut beliau, himpunan para pemain PSMZA/PDT ini sudah lama bermula dan setiap tahun pasti ada aktiviti yang dianjurkan. Keakraban yang terjalin lama ini tak pernah sunyi bukan sahaja aktif di group whatsapp bahkan jika ada yang ke Dungun pasti ada ‘minum-minum’ bersama.
Perlawanan semalam juga lengkap berjersi memaparkan Tema/Slogan, Logo PSMZA PDT serta logo Seniman Bolasepak Dungun. Saudara Johan Ismail iaitu Presiden Bekas Pemain juga menyatakan, akan ada lagi program-program menarik yang sedang disusun meriah dibeberapa venue lain. Dan yang pasti, Dungun bakal menjadi destinasi wajib akan datang.
Penghargaan & terima kasih kepada semua yang terlibat, rakan-rakan penaja yang menjayakan acara sebegini secara berterusan. Terus kreatif, aktif dan menjadi contoh kepada pelajar-pelajar hari ini.