11.7.2023 - Ujian Kemahiran Menembak RELA
Hari ini, seramai 22 orang warga RELASIS PSMZA telah menerima jemputan daripada RELA Daerah Dungun dan Kemaman untuk menghadiri Ujian Kemahiran Menembak RELA peringkat Daerah Dungun & Kemaman Terengganu bagi tahun 2023. Acara ini telah diadakan di Lapang Sasar UiTM Kampus Dungun bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Puan Hajah Zamra Derahman, Pengarah PSMZA mengetuai pasukan RELASIS PSMZA bersama lapan orang Pegawai Bersekutu RELASIS, tujuh orang ahli RELASIS dan enam orang Anggota RELA PSMZA. Semua peserta yang menghadiri ujian ini berpeluang menembak menggunakan senjata Rifle Colt M16 dengan tiga praktis iaitu meniarap, duduk dan berdiri. Sesi penyampaian sijil dan cenderahati diadakan di penghujung acara dan telah disempurnakan oleh Pengarah PSMZA bersama PPjR Mohd Syuhairi Abdan, Pegawai RELA Daerah Dungun dan PPjR Ahmad Pazli Ahmad Azali, Pegawai RELA Daerah Kemaman.