10.7.2023 - Kunjungan Mahabbah & Perbincangan Kolaborasi PSMZA-SKMM
YBrs Puan Hajah Zamra Derahman, Pengarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) telah menerima kunjungan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Terengganu yang diwakili oleh Encik Ahmad Fazley Ahmad Suhaimi, Timbalan Pengarah SKMM Terengganu dan Puan Fadzliah, Penolong Pengarah Bahagian Advokasi, SKMM Terengganu. Tujuan diadakan kunjungan hari ini adalah untuk membincangkan ruang-ruang kolaborasi dan jalinan kerjasama yang boleh diadakan dalam melaksanakan knowledge sharing di PSMZA.