8.7.2023 - Kejohanan Woodball Jemputan Dungun
Kejohanan tersebut telah berlangsung di Padang Woodball Arena Square, Dungun yang melibatkan 50 orang peserta dari seluruh negeri Terengganu. Kejohanan ini adalah anjuran Kelab Woodball Dungun. Majlis perasmian dan penyampaian hadian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zakaria Yusof, Wakil Rasmi Penyelaras Dun Sura Dungun. Kelab Woodball PSMZA telah menghantar 20 orang kakitangan PSMZA dari kalangan pensyarah dan staf sokongan untuk menyertai kejohanan tersebut. Encik Mohd Fais Mohd Sendek, Pegawai Sukan JSKK PSMZA telah menjuarai kategori terbuka lelaki manakala Puan Ruzilani Mohamad, Penyarah JKM PSMZA telah menduduki tempat ketiga kategori terbuka wanita. Hadir sama ialah Encik Mohd Rushdi Mahdi, Presiden Dungun Woodball Club (DWC). Turut hadir ialah Encik Saiful Azizi Abdullah, Ketua Jabatan JKE merangkap Presiden Woodball PSMZA.