7.7.2023 - Kursus Kecergasan dan Pengurusan Stress Siri 1/2023
Kursus tersebut adalah anjuran Unit Khidmat Pengurusan (UKP) PSMZA telah diadakan pada 6 Julai 2023 bertempat di Kijal Bowl Centre, Kemaman. Kursus yang melibatkan 40 orang peserta yang terdiri daripada staf sokongan akademik ini bertujuan meningkatkan kerjasama antara pasukan, mengeratkan lagi hubungan silaturrahim serta memberi kesedaran terhadap aktiviti fizikal yang boleh meningkatkan kesihatan dan kecergasan diri juga minda.