7.7.2023 - Ts. Zainab Othman Rasmi STYLE23 PSMZA & JPPKK
YBrs. Ts. Zainab Othman, Pengarah Kanan (Kompetensi) JPPKK telah menyempurnakan majlis penutup Program Special Training For Young Leaders (STYLE) Peringkat Kebangsaan bertempat di Tapak Perkhemahan Air Terjun Saok, Tasik Kenyir pada 5 Julai 2023. Program anjuran PSMZA & JPPKK itu telah berlangsung selama tiga hari dua malam melibatkan seramai 73 orang peserta dari 26 buah Politeknik dan 40 buah Kolej Komuniti seluruh Malaysia. Dalam ucapan perasmian tersebut, Ts. Zainab berkali-kali ulang agar pelajar-pelajar yang menyertai STYLE menjadi agen pelancongan tidak rasmi kepada keindahan Tasik Kenyir. "Selain program ini dapat memberikan pengalaman yang sangat bermakna dan dapat membentuk jatidiri yang holistik, pengurusan yang baik, ia juga secara tidak langsung menjadikan peserta agen pelancongan kepada kecantikan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia ini," ujarnya. Turut sama di dalam majlis ialah Tn Hj Mahdi Amin Ahmad, Pengurus Kanan Korporat KETENGAH. Hadir sama ialah Pengarah-pengarah PolyCC Zon Kelantan dan Terengganu.