23 - 27.9.2023 - Festival Kebudayaan dan Warisan Ke–11 (11th FESKEW) Peringkat Kebangsaan
Festival Kebudayaan dan Warisan Ke–11 (11th FESKEW) Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Politeknik Kota Bharu yang menghimpunkan seramai 230 orang pelajar daripada 17 buah Politeknik Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Saudari Nur Fatin Quratul’ain Bt Mohd Husni, pelajar semester 3 Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PSMZA berjaya menjulang pingat emas bagi pertandingan Dai’an (Dakwah dan Nyanyian) manakala 11 orang pelajar dari Kelab Kebudayaan dan Warisan PSMZA berjaya membawa pulang pingat perak bagi pertandingan Tarian Rampaian Tradisional Melayu.
Pertandingan ini merupakan anjuran Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP), JPPKK dengan kerjasama Politeknik Kota Bharu dan Sekretariat Kebudayaan Politeknik Malaysia. Syabas dan tahniah buat semua yang terlibat dalam membawa nama PSMZA ke arah melestarikan warisan budaya bangsa.