27.9.2023 - Kursus Gentian Optik & Pensijilan Profesional
Kursus ini adalah sebagai persediaan pelajar bagi menghadapi ujian sijil kecekapan TMCA1C dan TMCA2C. Di dalam kursus ini, pelajar akan mempelajari asas gentian optik, binaaan fiber, jenis fiber, penyambungan dalaman dan luaran Fiber-to-the home (FTTH) dan keselamatan semasa bekerja dengan fiber optik. Selain dari itu pelajar akan didedahkan dengan teknik HSBB premis pelanggan melibatkan kabel fiber optik. Sijil Kecekapan Fiber Optik di Malaysia adalah dikeluarkan oleh pihak TM di bawah seliaan MCMC atau SKMM.
Sijil Kecekapan Fiber Optik ini terbahagi kepada 2 jenis pensijilan iaitu:
a. CA2C - pemasangan pengkabelan fiber optik bahagian luaran (Rangkaian)
b. CA1C - pemasangan pengkabelan fiber optik bahagian dalaman (Premis Pelanggan)
Untuk mendapatkan Sijil Kecekapan Fiber Optik CA2C atau CA1C para peserta dikehendaki mengambil ujian yang berbentuk objektif yang merangkumi teori ringkas fiber optik, pemasangan fiber optik, penyambungan fiber optik dan pengujian fiber optik. Ia juga merangkumi isu-isu keselamatan di tempat kerja. Kedua-dua sijil CA1C atau CA2C boleh digunakan untuk mendaftar bidang di bawah kategori E07 & E08 CIDB. Ianya juga diperlukan jika ingin memasuki tapak kerja untuk menjalankan kerja kerja telekomunikasi bahagian dalaman dan luaran.
Program ini secara tidak langsung dapat memupuk dan menanam minat pelajar ke arah memperkayakan ilmu pengetahuan dalam bidang gentian optik. Bengkel ini akan dijalankan oleh pensyarah dari jabatan kejuruteraan elektrik PSMZA iaitu Cik Salmi Zakaria dan Encik Faizul Mohd Noor. Kursus ini dijalankan selama empat hari bermula 22 hingga 25 September 2023. Manakala peperiksaan kecekapan dijalankan pada 26 September 2023 bertempat di Telekom Malaysia (TM) Marang, Terengganu.