20.9.2023 - Petrosains RBTX Challenge 2023
Program tersebut telah berlangsung di Dewan Dagang, PSMZA pada 19-20 September 2023 dan telah disempurnakan oleh YM Tengku Besaruddin Shah Tengku Yaakob, Pengarah Bahagian Instruksional Dan Pembelajaran Digital (BIPD), Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK). Program ini menampilkan bakat-bakat pelajar dari sekolah-sekolah Zon Timur bertanding dalam acara robotik. Program kali ini telah berjaya menghimpunkan perekabentuk inovasi muda yang kreatif melebihi 500 orang untuk bertanding bagi mencapai kemenangan untuk setiap kategori yang dipertandingkan iaitu Robo Tracer Junior, Robo Tracer Advance dan Robo Sumo 1kg. RBTX 2023 menerima penyertaan terbanyak dalam sejarah penganjurannya sejak 2018 lagi. Hadir sama majlis perasmian ialah Puan Nor Hamizah Rosnan, Ketua Projek Khas Petrosains dan Puan Hajah Zamra Derahman, Pengarah PSMZA. Turut hadir ialah barisan Ahli Mesyuarat Pengurusan (AMP). Tahniah kepada semua pelajar yang menyertai Petrosains RBTX Challenge 2023.