19.9.2023 - Lawatan Ilmiah Ke Incinerator Cameron Highlands
Jabatan Kejuruteraan Awam, PSMZA dengan kerjasama SW Corp telah menganjurkan lawatan ilmiah ke Incinerator Cameron Highlands pada 18-19 September 2023 bagi memenuhi keperluan KPI 12 : industri yang bekerjasama dengan institusi bagi menghasilkan kolaborasi berimpak tinggi dan memenuhi keperluan kursus DCC50262 ENVIRONMENTAL POLLUTION & CONTROL. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kefahaman kepada pelajar tentang pengurusan dan teknologi pelupusan sisa pepejal terkini yang digunakan di Malaysia serta badan-badan yang terlibat dalam pelupusan sisa pepejal. Pengurusan sisa pepejal sangat penting bagi memastikan alam sekitar tidak tercemar. Kegagalan mengurus sisa pepejal mendatangkan impak yang besar kepada masyarakat dan alam sekitar. Lawatan ini melibatkan tiga puluh orang pelajar semester 5 Diploma Kejuruteraan Awam dan enam orang pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam. Lawatan ini diketuai oleh Pn Rahayu binti Mhd Adnan yang berlangsung di Incinerator Cameron Highlands. Lawatan ini dilihat memberikan impak yang besar kepada pelajar dalam memahami proses pengurusan sisa pepejal yang baik bagi menjamin kebersihan alam sekitar dan keharmonian sejagat serta kolaborasi aktif bersama industri.