19.9.2023 - Khidmat Masyarakat Bersama SK Batu 7, Dungun
Telah berlangsung program tersebut pada 19 September 2023 bertempat di Makmal ETM & EHM, PSMZA. Program anjuran JTMK itu melibatkan dua aktiviti utama iaitu membangunkan aplikasi menggunakan Pengaturcaraan Scratch dan menghasilkan video bahan ilmiah menggunakan Aplikasi Tiktok. Usaha mengembangkan bakat dan kepakaran melalui konsep perkongsian ilmu dan kepakaran ini dikongsi bersama 10 orang guru dan 80 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Batu 7, Dungun. Antara objektif program ini ialah memberi pendedahan ilmiah kepada guru-guru dan murid-murid SK Batu 7 tentang Pengaturcaraan Scratch dan Aplikasi Tiktok. Selain itu , ia dapat mempraktikkan kemahiran pengaturcaraan dan pengeditan dalam kalangan pensyarah dan pelajar dalam mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran berterusan terhadap komuniti setempat. Secara tidak langsung ia dapat mempromosikan kursus-kursus yang ada di JTMK serta kepakaran pensyarah dan pelajar kepada komuniti luar.