14.3.2023 - Tahniah & Syabas Kepada Mohd Khairul Nizam Kamaruddin
Saudara Mohd Khairul Nizam Kamaruddin, staf PSMZA yang merupakan satu-satunya staf PolyCC bertanding di Sirkit Akhir Kejohanan Woodball Kebangsaaan 2022 telah berjaya mendapat tempat 'top ranking' dalam kejohanan tersebut dan sekaligus akan mewakili Malaysia dalam Kejohanan Antarabangsa Woodball Terbuka Malaysia akan datang. Kejohanan tersebut diadakan di Padang Woodball Vision Park, Kepada Batas, Pulau Pinang pada 9-13 Mac 2023. Sementara itu, beliau juga mewakili Terengganu dalam Sirkit 1/2023 Woodball Kebangsaan Terbuka Pulau Pinang bersama tiga kakitangan lain. Saudara Mohd Khairul Nizam merasa terharu atas kejayaan dan bersyukur kerana berjaya terpilih daripada senarai pemain-pemain hebat yang bertanding di Sirkit Akhir kejohanan tersebut. Seramai enam orang telah terpilih akan mewakili Malaysia dalam Kejohanan Antarabangsa Terbuka Malaysia itu nanti. Sementara itu, YBrs Puan Hajah Zamra Derahman turut berasa bangga dengan kejayaan tersebut dan turut mendoakan agar beliau terus berjaya mengharumkan nama PSMZA dan PolyCC dalam kejohanan berprestij itu nanti.