Pada 10-12 Mac 2023 telah berlangsung program Rainforest Cultural Festival sempena Jalinan Warisan dan UNESCO (JIWAKU) POLYCC 2023 anjuran Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP) dengan kerjasama Politeknik Kuching, Sarawak. Program peringkat antarabangsa ini telah melibatkan 16 politeknik dan 5 kolej komuniti termasukla Politeknik Sambas, Indonesia. Program berprestig ini telah dirasmikan oleh YBrs. Ts. Zainab Binti Othman, Pengarah Kanan (Kompentensi) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPKK)
Objektif program ini adalah untuk menyemai pengetahuan berkonsepkan edu-budaya melalui program kebudayaan dan warisan di kalangan warga PolyCC. Ia dijalankan disekitar bandaraya Kuching.
Sehubungan dengan itu JSKK dan PSMZA mengucapkan tahniah kepada pelajar Muhammad Hafiq Mifzal (JTMK) dan Nur Fatin Qurratul'ain (JKM) kerana terpilih bagi membuat persembahan khas pada malam konsert Rainforest Cultural Festival. Persembahan yang diberikan oleh dua pelajar ni telah mendapat sambutan yang sangat memberansangkan oleh semua penonton serta VIP yang hadir.
PSMZA turut menyertai pertandingan Fashion Runaway bertemakan Rainforest. Delegasi PSMZA diwakili oleh Siti Annisa Syahirah (JTMK) telah menampilkan konsep puteri rama2 dan persembahan bertemakan lagu rakyat terengganu. Namun delegasi kita kurang bernasib baik dengan persaingan yang sengit dikalangan peserta. Insyaallah kami akan cuba dengan lebih baik lagi di masa akan datang.
Pihak Unit Kebudayaan, JSKK merakamkan ucapan terima kasih kepada pengurusan PSMZA di atas segala nasihat dan sokongan yang diberikan kepada pelajar-pelajar ini. semoga PSMZA terus cemerlang di masa akan datang.