13.03.2023 - Lawatan Sambil Belajar dan Penanda Aras Kolej Vokasional Juasseh ke Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) PSMZA telah menerima lawatan dari Kolej Vokasional Juasseh yang terdiri daripada para pensyarah juga pelajar. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan suasana pembelajaran di institusi pendidikan tinggi disamping mempromosi kursus- kursus yang ditawarkan di PSMZA khususnya yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat.