16.11.2023 - International Sharing Session: Workshop Junior Network Administrator
Unit Pengantarabangsaan dengan kerjasama Politeknik Acheh, telah menganjurkan program kolaborasi Workshop Junior Network Administrator dengan menggunakan platform online Zoom hari ini. Pelajar yang terlibat adalah DTK5S1 seramai 31 orang dan pelajar DDT2A seramai 25 orang yang telah ditempatkan di Makmal Teknologi Maklumat dan Makmal Pengurusan Data 1 di JTMK. Selain itu, pelajar dari Politeknik Kuala Terengganu (PKT) turut menyertai kolaborasi tersebut. Program tersebut telah dipengerusikan oleh Ibu Sabartini dari Politeknik Acheh dan moderator Tn Hj Azman Husin dari PSMZA. Penceramah untuk program tersebut ialah Safwan, pensyarah Politeknik Acheh.