7.6.2023 - Kunjungan Hormat & Perbincangan Program Professional Diploma In Electro - Mechanical Rotating Machine
Pengurusan PSMZA telah mengadakan kunjungan hormat sekaligus membuat perbincangan mengenai program Diploma Profesional ke Elektro Serve (M) Sdn Bhd, Kerteh Terengganu pada 4 Jun 2023 yang lalu. Pengarah PSMZA, Puan Hajah Zamra Derahman mengetuai delegasi PSMZA dalam lawatan tersebut. Turut sama ialah Ts Mohyiddin Salleh (TPA) dan Ts Dr Mohd Hafizil Mat Yasin (TPSA) dan beberapa pegawai kanan. Program Professional Diploma in Electro-Mechanical Rotating Machine adalah hasil kolaborasi di antara kedua-dua institusi yang melibatkan lapan modul dan tujuh praktikal assessment. Menyantuni delegasi ialah CEO Elektro Serve sendiri iaitu Tuan Haji Nasar dan beberapa pegawai kanan syarikat tersebut. Perbincangan dibuat mengenai status terkini program professional yang sedang berjalan bermula Februari hingga Jun 2023 lepas dan sekarang batch ke dua akan bermula pada semester hadapan.