31.5.2023 - Majlis Penyerahan Kunci Kuarters Pengarah PSMZA
Majlis penyerahan kunci kuarters Pengarah PSMZA (Blok S1) diadakan pagi tadi bertempat di kuarters kediaman Pengarah PSMZA. Simbolik penyerahan replika kunci diserah oleh Ketua KUPP, Encik Mohd Adam Farhan Mohd Farid kepada Puan Pengarah PSMZA, Hajah Zamra Derahman. Majlis penyerahan ini diadakan setelah kerja-kerja pembaikan dinding dalam bangunan siap dilaksanakan pada 30 Mei 2023. Turut sama hadir menyaksikan ialah Ts Mohyiddin Salleh (TPA), Ts Dr Mohd Hafizil Mat Yasin (TPSA) dan beberapa Ahli Mesyuarat Sesi Libat Urus PSMZA. Kerja-kerja pembaikan dilaksanakan secara gotong-royong oleh sepuluh orang kakitangan Unit Pembangunan & Penyelenggaraan (UPP) dan mengambil masa selama lima hari untuk disiapkan. Skop kerja pembaikan merangkumi kerja-kerja pembasmian anai-anai, membaikpulih dan mengecat semula permukaan dinding, pemasangan wainscoting dan penggantian skirting. Diharapkan dengan kerja-kerja pembaikan ini dapat memberikan keselesaan dan keselamatan kepada penghuni kuarters disamping memanjangkan jangka hayat aset kerajaan.