29.5.2023 - Kem Pembentukan Sahsiah, Kerohanian & Pengurusan Organisasi MPP & Kelab
Program tersebut telah berlangsung selama dua hari malam bermula 27 & 28 Mei 2023 bertujuan untuk meningkatkan sahsiah diri, kerohanian, kerjasama berpasukan dan kepimpinan pelajar dalam pengurusan organisasi masing-masing bagi sesi 2023/2024. Antara kelab/persatuan yang terlibat ialah MPP, Kelab Reka Bina, Kelab Silat, Kelab Pelajar Kejuruteraan Elektrik, Persatuan Gerakan Pengguna Siswa, Kelab Taekwando, Rakan Pusat Islam, Pembimbing Rakan Sebaya dan lain-lain. Selain itu, peserta program juga telah terlibat dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran diri dan ketahanan fizikal dan mental. Setiap peserta juga berjaya melaksanakan setiap cabaran yang diberikan dengan penuh tanggungjawab dan saling bantu membantu dalam menyelesaikan setiap masalah yang berlaku. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Encik Mazudi Ramthan. Semoga semua pelajar terlibat dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin pelajar di organisasi masing-masing dengan jayanya bagi memacu kecemerlangan pelajar di PSMZA.