29.5.2023 - Majlis Pra Graduasi Pelajar JKA Sesi 2 2022/2023
Majlis tersebut merupakan salah satu program yang dilaksanakan untuk meraikan para pelajar semester akhir Diploma Kejuruteraan Awam yang bakal menamatkan pengajian masing-masing di PSMZA. Program anjuran Kelab Pelajar Kejuruteraan Awam ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan memberi motivasi kepada para pelajar untuk terus berjaya pada masa akan datang. Majlis ini turut dihadiri, Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Mohd Shahrezal Abd Hamid dan kakitangan JKA. Dalam majlis tersebut, diselitkan juga pelbagai anugerah kepada pelajar dan cabutan bertuah. Majlis yang diadakan ini diharapkan boleh dijadikan sebagai tanda kenangan untuk semua pelajar JKA bersama pensyarah pada semester ini.