28.5.2023 - Pertandingan e-Sport PSMZA 2023
Telah berlangsung Pertandingan e-Sport PSMZA 2023 pada 26 - 27 Mei 2023 bertempat di Dewan Serbaguna. Program anjuran Kelab Pelajar Kejuruteraan Awam itu dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Sukan Kokurikulum Dan Kebudayaan PSMZA. Pada 26 Mei 2023 , pertandingan ini telah berlangsung secara atas talian manakala pada 27 Mei 2023, pertandingan peringkat akhir telah diadakan di Dewan Serbaguna. Sebanyak 48 pasukan atau 240 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar PSMZA telah terlibat dalam pertandingan ini. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Encik Mohd Shahrezal Abdul Hamid, Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang.