30.7.2023 - Kunjungan Hormat PSMZA Kepada Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Terengganu
PSMZA telah melakukan kunjungan hormat kepada Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Terengganu, Datuk Haji Mohd Nasir bin Datuk Haji Ibrahim Fikri. Beliau juga merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Industri PSMZA. Delegasi PSMZA seramai enam pegawai diketuai oleh Timbalan Pengarah Akademik, Ts Mohyiddin Salleh yang mewakili Puan Pengarah PSMZA. Pertemuan pagi ini antara lain membincangkan berkaitan perkembangan usahasama pihak industri dengan pengurusan akademik di PSMZA. Delegasi juga turut menyatakan hasrat untuk menjemput Datuk Mohd Nasir sebagai tetamu VIP pada Majlis Konvolesyen ke 20 pada bulan September ini. Turut sama dalam delegasi ialah Ts Mohd Hafizil Mat Yasin, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik. Terima kasih di atas layanan dan santunan yang diberikan kepada kami.