26.7.2023 - Program Pengagihan Daging Korban Sejuk Beku 2023
Ts. Dr. Mohd Hafizil bin Mat Yasin, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PSMZA telah mewakili Puan Pengarah PSMZA bagi menghadiri program tersebut bertempat di Pusat Hidayah, UiTM Kampus Dungun. Program anjuran Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM) dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Cawangan Terengganu dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam UiTMC, Zawaf UiTM serta masyarakat setempat ini merupakan satu program pengagihan daging ibadah korban yang lepas yang telah disejukbekukan. Program ini turut memberi manfaat kepada 15 orang kakitangan PSMZA yang terpilih dalam kalangan B40.