20.7.2023 - Majlis Perhimpunan Bulanan PSMZA
Perhimpunan Bulanan merupakan satu majlis rasmi jabatan yang menjadi rutin bulanan iaitu sekali setiap bulan di PSMZA. Ia adalah satu platform penyampaian maklumat daripada pihak pengurusan kepada semua staf di politeknik ini. Majlis Perhimpunan Bulanan kali ini adalah anjuran Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM). Seperti biasa, selepas sahaja bacaan Ikrar Perkhidmatan Awam dan Ikrar Integriti, majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah PSMZA, YBrs Puan Hajah Zamra Derahman. Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Akademik, Ts Mohyiddin Salleh. Terima kasih kepada penganjur.