10.8.2023 - Kursus Bina Pasukan: Rejuvenasi Minda Menuju Kecemerlangan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Kursus anjuran Kelab Kebajikan Staf (KKS) JKE ini telah diadakan di Pantai Kemasik & U-Bowl Mesra Mall Kemaman pada 9 Ogos 2023. Kursus ini telah disertai oleh staf JKE dan disempurnakan oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, En Saiful Azizi Abdullah.
Objektif kursus ini adalah untuk menggalakkan penglibatan yang lebih aktif di kalangan warga JKE dalam aktiviti berpasukan dan mewujudkan warga kerja yang positif dengan melibatkan diri dalam aktiviti bermanfaat yang dapat meningkatkan kesihatan rohani dan jasmani. Tahniah kepada semua peserta dan penganjur.