KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK, POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN KEPADA KETUA POLIS DAERAH DUNGUN
Dungun, 10 Ogos 2023 - YBrs Ts. Dr. Mohd Hafizil bin Mat Yasin - Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun telah membuat Kunjungan Hormat kepada YDH P/Supt. Maizura bt Abdul Kadir - Ketua Polis Daerah Dungun pada jam 10 pagi tadi.
Kunjungan Hormat ini bertujuan suaikenal serta bagi membincangkan kerjasama yang boleh dilakukan antara Politeknik Dungun dan PDRM IPD Dungun. Pelbagai isu menarik telah dibincangkan bagi mencari jalan penyelesaian serta langkah-langkah yang boleh diambil khususnya bagi menjadikan pendidikan sebagai satu keutamaan.
Turut mengiringi Kunjungan Hormat ini adalah, Puan Sharipah Anisah binti Syed Othman - Pegawai Eksekutif Tertinggi, Politeknik Dungun. Semoga ukhuwah antara Politeknik Dungun bersama PDRM IPD Dungun terus terjalin erat demi kebaikan bersama.