Day 1: Karnival Pendidikan Kerjaya Murid
Karnival tersebut berlangsung di Dewan Dagang, PSMZA dan 'campus show' ke bengkel-bengkal dan makmal-makmal di Jabatan Akademik. Pengarah PSMZA, Puan Hajah Zamra Derahman telah sudi meluangkan masa turun padang meninjau perjalanan karnival sambil menyantuni pempamer-pempamer dari pelbagai institusi dan IPTA. Turut sama ialah Encik Yaswadi Mat Yasim, Timbalan Pengarah Bahagian Ambilan & Pembangunan Pelajar JPPKK. Karnival tersebut akan berlangsung selama dua hari bermula 15 hingga 16 Ogos 2023. Program anjuran bersama Kementerian Pendidikan ini mendapat sambutan hangat dari sekolah-sekolah rendah dan menengah seluruh negeri Terengganu. Hampir 3000 orang pengunjung yang hadir ke karnival pada hari ini bermula seawal 8 pagi hingga 4.30 petang. Terima kasih di atas kunjungan.