16.8.2023 - Kunjungan Hormat PSMZA Kepada Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur
Pengarah PSMZA, Puan Hajah Zamra Derahman hari ini telah mengetuai delegasi kunjungan hormat kepada Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, Encik M Ahmad Shazly Ramli. Perjumpaan tersebut diadakan secara santai bertempat di Kelab Golf & Rekreasi PETRONAS (KGRP) Kertih, Terengganu. Pertemuan ini telah menghasilkan outcome yang sangat bermakna kepada PSMZA. Di antara intipati perbincangan adalah berkaitan jalinan kolaborasi 'win-win situation' dan 'complementary to each other' yang boleh dilakukan oleh kedua-dua pihak, CSR kepada komuniti, penglibatan staf dan pelajar menjalani latihan industri, perkongsian kepakaran bidang oil & gas, penggunaan tempat riadah serta kepimpinan sosial. Pihak PSMZA juga telah menjemput beliau untuk hadir sebagai VVIP bagi Majlis Konvokensyen ke 20 yang akan berlangsung pada 11-13 September 2023. Turut sama menyantuni delegasi ialah Encik Yusri Anuar Ahmad, Ketua Operasi dan Puan Noraini Ghazali, Ketua Perancangan PETRONAS Pantai Timur. Bersama-sama dalam delegasi ialah beberapa orang pegawai kanan PSMZA.