17.8.2023 - Majlis Perhimpunan Bulanan PSMZA Bil. 8/2023
Majlis Perhimpunan Bulanan kali ini adalah anjuran Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK). Majlis rasmi yang menjadi rutin bulanan ini merupakan satu platform untuk menyampaian maklumat dan informasi terkini daripada pengurusan PSMZA. Pengarah PSMZA, Puan Hajah Zamra Derahman telah mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk menyampaikan amanatnya. Seusai sahaja ucapan Puan Pengarah, majlis diteruskan dengan taklimat berkaitan dengan 'Bahaya Dadah' yang disampaikan oleh ASP Mohd Sharul Mohd Azmin, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun. Majlis hari ini diselitkan juga dengan sambutan Kibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan kali ke 66. Terima kasih kepada pihak penganjur.