18.8.2023 - Program Khidmat Masyarakat Bacalah Sayang
Telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun, dengan kerjasama Pensyarah dan Staf Jabatan Kejuruteraan Elektrik PSMZA dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Akademik PSMZA, Ts Mohyiddin Salleh pada 16 Ogos 2023. Seramai 24 orang fasi terlibat dan peserta terdiri daripada 30 orang murid yang telah dipilih oleh guru penyelaras program SKKD. Sebanyak 21 bahan bantu belajar digunakan dalam program kali ini bertemakan belajar sambil bermain. Bahan kemudiann diserahkan kepada pihak sekolah untuk kegunaan P&P.