21.8.2023 - Pendaftaran Pelajar Baharu PSMZA
PSMZA telah menerima pelajar baharu seramai 428 orang bagi sesi pengajian sesi 1 2023/2024 pada 20 Ogos 2023 bermula dengan pendaftaran kemasukkan ke kamsis. Tuan Timbalan Pengarah Akademik, Ts Mohyiddin Salleh turut sama turut padang melihat dan meninjau proses pendaftaran tersebut di kamsis PSMZA. Turut hadir mengiringi ialah Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ts Dr Mohd Hafizil Mat Yasin dan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Mazudi Ramthan. Proses pendaftaran berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancang di bawah seliaan Ketua Warden dan Pengurus Asrama serta AJK JPKK.