21.8.2023 - Minggu Transformasi Siswa (MTS) - Pengenalan Kepada PSMZA
Pagi ini telah berlangsung MTS - Sesi Pengenalan Kepada PSMZA yang disampaikan oleh Puan Pengarah PSMZA, Hajah Zamra Derahman di Dewan Dagang. Seramai 442 orang pelajar baharu diraikan dengan diperkenalkan barisan Ahli Mesyuarat Pengurusan (AMP) seorang demi seorang. Dalam ucapan aluan Pengarah, beliau mengalu-alukan kemasukan semua pelajar dan mengucapan tahniah serta syabas kerana telah membuat keputusan yang tepat memilih tempat belajar dan menjadi sebahagian daripada warga PSMZA. Turut sama ialah Ts Mohyiddin Salleh (TPA) dan Ts Dr Mohd Hafizil mat Yasin (TPSA) serta Mazudi Ramthan (KJHEP). Pelajar baharu mendaftar semalam dan hari ini bermulalah program minggu suai kenal selama seminggu.