21.8.2023 - Program Training of Trainer (TOT) AJK Pelajar Minggu Transformasi Siswa Sesi I 2023/2024 PSMZA
Program tersebut telah berlangsung selama dua hari yang bermula pada 18 hingga 19 Ogos 2023 bertempat di Dewan Kuliah Utama PSMZA. Program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) itu adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat kepada AJK pelajar berkaitan hari pendaftaran dan pengurusan pelajar sepanjang Minggu Transformasi Siswa pada sesi ini. Program TOT ini telah disertai oleh 60 orang pelajar dari organisasi pelajar seperti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK), Pembimbing Rakan Siswa (PRSP), Rakan Pusat Islam (RAPI) dan Kelab Multimedia (AVA) yang sukarela untuk menjadi AJK Pelajar dan Fasilitator pada Sesi ini. Antara penceramah sepanjang dua hari program itu adalah Encik Mohd Faizol Che Mat, Puan Shahrah Hamat dan beberapa orang pegawai JHEP yang lain serta Kaunselor PSMZA, Cik Nik Nor Raihan. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA), Ts. Dr. Mohd Hafizil Mat Yasin. Turut hadir Ketua Jabatan HEP, Encik Mazudi Ramthan, Ketua Warden Kamsis, Encik Wan Salmizi Wan Mahmood dan pegawai-pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa pelajar yang menjayakan program ini.