24.8.2023 - Majlis Penutup Minggu Transformasi Siswa (MTS) Sesi 1 2023/2024
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ts Mohyiddin Salleh, Timbalan Pengarah Akademik (TPA) bagi mewakili puan Pengarah PSMZA. Majlis bertempat di Dewan Dagang pada pukul 2.30 petang. Hari ini merupakan hari penutup MTS yang merupakan minggu suai kenal pelajar-pelajar baharu PSMZA bagi sesi 1 2023/2024 yang berlangsung selama empat hari. Hadir sama ialah Ts Dr Mohd Hafizil Mat Yasin (TPSA) dan Mazudi Ramthan (KJHEP). PSMZA telah menerima seramai 445 orang pelajar baharu bagi sembilan program di empat jabatan akademik.