24.1.2024 – Kursus Penggunaan ChatGPT bagi Penulisan Artikel Penyelidikan
Kursus anjuran Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial (UPIK) telah disertai seramai 28 orang pensyarah PSMZA dari pelbagai bidang. Objektif utama kursus ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan berkenaan teknologi AI yang semakin meningkat naik selain memberi pengalaman dan pengukuhan kepada pensyarah dalam menghasilkan penyelidikan dengan menggunakan aplikasi Chatbot (ChatGPT).
Taklimat kursus telah disampaikan oleh Ts. Dr. Mohd Hafizil bin Mat Yasin, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, PSMZA.