15.2.2024 - Pengumuman Calon Layak Bertanding Dan Pelancaran Kempen Pilihan Raya Kampus PSMZA 2024
Telah berlangsung majlis pengumuman calon layak bertanding bagi Pilihan Raya Kampus (PRK) PSMZA 2024 yang diadakan di Bilik Seminar, ULPL. Seramai 32 calon bertanding melibatkan Kerusi Umum, Kerusi Khas dan Kerusi Jabatan. Taklimat dan pelancaran kempen PRK telah disampaikan oleh En. Mazudi bin Ramthan, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Turut hadir pegawai-pegawai Hal Ehwal Pelajar serta pegawai Balai Polis Dungun. Pengundian akan dijalankan pada 21 Februari 2024 serentak di semua institusi Politeknik Malaysia.
"PSMZA Melangkah Ke Era Baharu"