14.2.2024 - Lawatan Teknikal Ke Projek Cadangan Pembinaan Hospital Kemaman, Terengganu Dan Sesi Perkongsian Ilmu Kejuruteraan (Pengurusan Projek)
Lawatan telah diketuai Encik Mohd Adam Farhan, Ketua Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan (UPP) PSMZA yang melibatkan seramai 27 orang pasukan teknikal PSMZA dari pelbagai disiplin.
Kehadiran rombongan disambut baik oleh Ir Azlizu bt Baharuddin, Wakil Pegawai Penguasa Utama Projek (JKR) dan sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Ir Cik Ku Norasiah Che Wan Hussin selaku Pengurus Besar Pembinaan Projek (JKR). Peserta rombongan seterusnya dibawa melawat ke sekitar tapak projek hospital yang berkapasiti 300 buah katil.
Objektif lawatan ini adalah bagi memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan pasukan teknikal PSMZA berkenaan pengurusan projek selaras dengan matlamat PSMZA dalam melahirkan lebih ramai kakitangan yang kompeten dan mempunyai perakuan professional menjelang 2025.
"PSMZA Melangkah Ke Era Baharu"