7.2.2024 - Program Khidmat Bakti Rela Siswa Siswi (RELASIS) Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Sesi 2: 2023/2024
Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Terengganu dengan kerjasama Rela Siswa Siswi (RELASIS) Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin telah mengadakan gotong royong bagi membersihkan kawasan kediaman penduduk yang terjejas banjir di Kampung Shukor, Hulu Dungun. Seramai 18 orang pelajar diiringi empat pegawai telah terlibat dalam program tersebut.
YBhg. Datuk KPjR Yahya bin Sulaiman, Ketua Pengarah RELA Malaysia turut turun padang menziarah, membantu dan menyampaikan bantuan kepada anggota RELA yang terkesan akibat bencana alam banjir baru-baru ini. Turut sama dalam misi, Hajah Zamra binti Derahman, Pengarah PSMZA.