7.8.2023 - Lawatan AMP Ke Seikou Systec
Hari ini, Ahli Mesyuarat Pengurusan (AMP) PSMZA telah mengadakan lawatan bermaklumat ke syarikat Seikou Systec Sdn Bhd di Kuala Lumpur. Delagasi PSMZA seramai 20 orang telah diketuai oleh Puan Pengarah, Hajah Zamra Derahman. Lawatan ini bagi melihat sendiri sistem kejuruteraan elektrik terkini yang dilaksanakan di industri. Syarikat Seiko Systec merupakan satu syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2003 yang memfokuskan dalam bidang automasi bangunan dan rumah serta automasi kilang di Malaysia. Dengan rekod prestasi cemerlang, Seikou Systec telah dilantik sebagai penyepadu sistem oleh ABB, MERTEN & BERKER, perintis dalam sistem EIB / KNX yang menggunakan produk teknologi terkini dalam Industri Pembinaan Bangunan. Dengan pengalaman luas dalam membina automasi dan juga teknologi kejuruteraan elektrik, pengalaman tersebut dikongsikan sendiri oleh Encik Peng Wah Siew, Ketua Pegawai Eksekutif Seiko Systec.