8.8.2023 - Lawatan Penanda Aras PSMZA Ke PMTG
Ahli Mesyuarat Pengurusan (AMP) telah mengadakan satu lawatan bermaklumat dan penanda aras ke Politeknik Metro Tasek Gelugor (PMTG) bagi meninjau perjalanan sistem pengurusan Pendidikan Sepanjang Hayat (PSH). Rombongan AMP PSMZA yang diketuai oleh Puan Hajah Zamra Derahman, Pengarah PSMZA telah disambut oleh Pengarah PMTG, Ts Khairul Anuar Ishak dan beberapa orang pegawai kanan politeknik tersebut. Taklimat yang diberikan kepada delegasi sangat bermaklumat dan membantu sebagai penanda aras bagi PSH di PSMZA. Terima kasih kepada seluruh barisan pengurusan PMTG di atas sambutan dan layanan yang diberikan.