18.1.2024 - Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), SmartGreen PolyCC dan OSH Dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB)
PSMZA telah menerima delegasi dari PTSB bagi tujuan lawatan penanda aras EKSA, Smart green PolyCC dan OSH PSMZA pada 17 Januari 2024. Antara tujuan utama Delegasi adalah untuk mendapatkan idea dan bertukar pendapat khususnya bagi persediaan EKSA di PTSB.
Lawatan ini lebih tertumpu kepada makmal-makmal di PSMZA. Antara zon yang terlibat dengan sesi lawatan ialah Zon Pangkor, Zon Lang Tengah, Zon Redang, Zon Ru Hentian dan Zon Duyung.
Terima kasih kepada Fasilitator, Ketua Zon, AJK dan semua Ahli Zon yang terlibat kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang lawatan ini.
Semoga beroleh ilmu dan bermanfaat serta dipermudahkan segala urusan lawatan Delegasi PTSB.