15.1.2024 - Ramah Mesra & Diskusi Santai Pengarah Bersama Warden PSMZA
Pertemuan ini berlangsung pada 14 Januari 2024, 9 malam bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Asrama PSMZA. Semua warden telah hadir di mana ianturut disertai dengan kehadiran Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ts Dr Mohd Hafizil Mat Yasin.
Antara objektif pertemuan ini ialah untuk mendapatkan input bagi mewujudkan ekosistem kehidupan asrama yang lebih kondusif, menjadikan kehidupan di asrama sesuatu yang menyeronokkan dan harmoni dalam kalangan pelajar yang mendiami asrama PSMZA.
Pengarah PSMZA, Puan Hajah Zamra Derahman turut mengingatkan para warden untuk memastikan hal-hal kebajikan pelajar asrama sentiasa dititikberatkan dan beliau juga mengucapkan penghargaan kepada semua warden dan menasihati para warden agar terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga pelajar asrama.