12.1.2024 - Landasan Hala Tuju KPT Tahun 2024
Sesi mendengar amanat berkaitan Hala Tuju Kementerian Pendidikan Tinggi peringat PSMZA telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama (BMU) dengan kehadiran semua Ahli Mesyuarat Pengurusan (AMP) PSMZA. Sesi tersebut diadakan secara streaming dan live YouTube serta facebook rasmi KPT.
Majlis langsung telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi bertempat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.
Sesi taklimat tersebut bermula seawal jam 10 pagi hingga 12 tengahari.