11.1.2024 - Bolasepak Persahabatan PSMZA vs Mahkamah Dungun
Pasukan Bolasepak PSMZA telah mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan dengan pasukan Mahkamah Dungun petang semalam bertempat di Padang PSMZA.
Menurut Syed Ariffin Engku Sulong, ketua pasukan bolasepak PSMZA, beliau berkata "kita akan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan dengan beberapa pasukan dan kelab sekitar Dungun dan Kuala Terengganu bagi memantapkan lagi strategi permainan bagi menghadapi Kejohanan Liga Bolasepak Terengganu."
Perlawanan kali ini telah menyebelahi pasukan tuan rumah PSMZA dengan mata sepakan gol tiga berbalas dua.
"Dalam masa yang sama, kita dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kita melalui platform sukan bolasepak," ujarnya lagi.