10.1.2024 - Bengkel Pemurnian Pelan Tindakan PSMZA 2024
Bengkel anjuran ULPL PSMZA itu telah diadakan selama dua hari pada 9 dan 10 Januari 2024 bertempat di Bilik Seminar ULPL. Semua Ahli Mesyuarat Pengurusan (AMP) dan Pengurus-pengurus Portfolio telah terlibat menyertai bengkel tersebut.
Antara objektif bengkel ini diadakan ialah untuk memantapkan halatuju PSMZA bagi tahun 2024 dalam mencapai KPI yang telah ditetapkan. Selain daripada itu ia juga bermatlamat untuk menambahbaik perancangan aktiviti Pelan Transformasi Tindakan PSMZA 2024 bagi mewujudkan Pelan Tindakan yang lebih mantap selari dengan kehendak Pelan Strategik PolyCC. Selain itu juga bengkel ini dapat memantau keberkesanan pelaksanaan aktiviti yang dirancang melalui Pelan Tindakan 2023 dengan menambahkan lagi cara pelaksanaan yang berimpak tinggi.
Pengarah PSMZA, Puan Hajah Zamra Derahman turut sama menjayakan bengkel ini. Turut sama ialah kedua-dua timbalan, Ts Mohyiddin Salleh (TPA) dan Ts Dr Mohd Hafizil Mat Yasin (TPSA). Bengkel ini telah diurusetiakan oleh Puan Rosmida Ab Ghani sebagai Pengurus Pelan Tindakan PSMZA dengan kerjasama ULPL PSMZA. Semoga apa yang dirancangkan ini dapat dilaksanakan dengan baik demi kelestarian pengurusan pendidikan di PSMZA.